

Kolej Komuniti Sandakan telah beroperasi pada September 2012 di sebuah rumah kedai Blok B4-B5, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah. Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Sijil Pemasangan Elektrik dan Sijil Pelancongan & Pengembaraan serta kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik.
Kolej Komuniti Sandakan ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

