UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
Terdapat 4 modul bagi program ini iaitu:
i) Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal
ii) Pemasangan Elektrik Tiga Fasa
iii) Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik
iv) Pemasangan Elektrik Industri
v) Sistem Keselamatan dan penghawa dingin
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:
+ Juruelektrik
+ Juruteknik Elektrik
+ Penolong Penyelia Elektrik
+ Usahawan (Kontraktor Elektrik)


