UNIT JAMINAN KUALITI

Unit Jaminan Kualiti telah diwujudkan untuk menyelaraskan dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga Kolej Komuniti Sandakan (KKSdk) yang responsif, komited dan proaktif bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan warga KKSdk. Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti KKSdk.

Peranan
Unit Jaminan Kualiti dan Akreditasi KKBS bertanggungjawab dalam memastikan perkara-perkara berikut mematuhi standard kualiti yang ditetapkan : 

  • Sistem Pengurusan Kualiti
  • Pematuhan Akreditasi
  • Pengurusan CQI
  • Pengurusan Takwim
  • Audit Dalaman